Dashboard | +Follow
♥Beautiful Life♥
Tuesday, March 10, 2009 • 7:59 PM • 0 comments

indah dunia hanya sementara..
hidup didunia tidak kekal lama..
adakah kita akan tahu
bilakah,bagaimanakah,dimanakah,sebab apakah..
kita akan pergi untuk meninggalkan segala2 yang ada didunia
untuk berhijrah ke satu alam lain
iaitu alam yang akan menentukan tempat kita yang kekal abadi..

sebagai manusia biasa tipulah jika aku cakap aku tak takut
untuk hadapi semua ini...
bagi aku dunia ini terlalu indah..
tapi keindahan dunia ni tak akan kekal selama2nya..
semua hak milik y maha pencipta dan maha kuasa..
segala2nya ketentuan dia..

sebagai manusia juga..tidak aku nafikan..
aku banyak melakukan dosa..
tetapi Allah maha pengasih lagi maha penyayang..
dia berikan peluang untuk semua hambanya
yang melakukan dosa untuk bertaubat..
biarlah besar mana dosa hambanya itu..
selagi ajal belum sampai ke umbun2..
selagi itu dia masih terima segala taubat hambanya..
persoalan sama ada dia terima atau tidak taubat hambanya..
biarlah dia yang menentukan..
kita sebagai hambanya hanya menurut segala perintah dan melakukan
segala suruhannya...

tiap kali aku duduk termenung sendiri di dalam bilik..
apa yang selalu bermain di fikiran aku ialah..
"kematian"
jika aku fikirkan tentangnya..
hati aku sangat takut sehinggakan aku tak sedar
yang aku telah pun menitiskan air mata..
kita sebagai manusia memang tidak perlu takut dengan mati..
kerana mati itu benar dan ianya akan terjadi pada semua orang..
tidak kiralah orang tu hebat mana di mata dunia..
tidak kiralah orang itu besar mana pangkatnya..
tidak kiralah orang itu gangster mana sekalipun..
mereka juga akan menemui kematian..

segala yang kita ada hanya pinjaman semata2..
wang?kereta?rumah banglo?aset2 berjuta2 di luar negeri?
segalanya bukan hak milik kita yang kekal abadi..
haruslah kita beringat dengan kekayaan dunia yang kita miliki..
takut di akhirat kita akn menjadi yang termiskin sekali..
bukan tentang kekayaan dunia yang mahu aku coretkan..
tetapi yang mahu aku kongsikan bersama korang semua sekarang..
kegelisahan yang melanda hati aku...

jika di sekolah dulu,teman2 lah tempat aku bercerita dan luahkan segala2nya..
ketakutan aku turut di rasai oleh teman2 aku..
tidakkah korang rasa sedih jika kehilangan orang yang kita sayang buat selama2nya..?
aku paling takut jika kehilangan ibu tercinta..
ak tidak dapat bayangkan jika dia tinggalkan aku satu hari nanti..
jika dia keluar balik lambat pun hati aku mula risau dan bagai nak menangis..
hp sentiasa di tangan untuk menghubungi ibu..

bagaimana pula jika orang yang paling kita cinta
pergi tinggalkan kita??
dia yang selama ini bersama kita..
menjadi tulang belakang kita..
sentiasa menghiburkan kita..
tempat kita mengadu dan berkongsi masalah..
tiba2 pergi kerana seruan ilahi..
tidakkah kita rasa bagai dunia ini terlalu kejam??

jangan salahkan dunia..
kerana dunia tidak menetukan apa2..
tetapi Allah yang menentukan segala2nya..
dan jangan pula kita salahkan Nya..
kerana semua orang akan merasakan benda yang sama..

aku takut sgt utk hadapi segala kenyataan ini...
ak tkut sgt utk terima kytaan y ak akn kehilangan org y ak syg..
jika ak dberikan peluang untuk memilih
sama ada dia pergi dulu atau aku pergi dulu..
aku tidak berfikir panjang lagi untuk memilih
aku yang pergi dulu..
kerana aku takut untuk menanggung pernderitaan dan kesakitan
jika ak kehilangan dia..tapi segalanya telah pun
ditentukan oleh Allah..
apa yang aku harapkan biarlah aku pergi dulu sebelum dia..
(orang2 yang aku sayang)
mungkin sebentar lagi,mungkin malam ini..
mungkin juga esok..mungkin lusa..
tidak dapat aku fikirkan kerana aku tiak punya kuasa
untuk mengetahui bila aku akan diseru..

kita hanya perlu jadikan solat sebagai tiang agama dan al-quran sebagai penenang jiwa...
mungkin segala keresahan yang kita hadapi dapat sedikit sebanyak
membantu kita untuk terima segala kenyataan...

Mrs Taufiq



ME

IMG-20121103-WA010-1-2 photo IMG-20121103-WA010-1-2-1.jpg
♥ Assalamualaikum, Annyonghaseyo ♥ Nurrul Jannah Binti Mohd Daud ♥ 1991 ♥ Dont jugde me till you wear my shoes baby ♥ thankyou haters ♥

Must Read Ladies and Gentleman

«KISAH DULU SEKARANG DAN AKAN DATANG
« SI BLOG OWNER
« ♥ SAHABAT DUNIA AKHIRAT♥

Memories of my life



ME