Dashboard | +Follow
♥Beautiful Life♥
40 nasihat Saiyidina Ali didalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a
Monday, May 10, 2010 • 8:19 PM • 0 comments

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.


2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran


3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging


4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin


5. Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu


6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah


7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau keangin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil


8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan


9. Ilmu adalah lebih baik dari pada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu


10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang


11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam


12. Mengajar adalah belajar


13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin


14. Insan terbahagi kepada 3 :



* mereka yang mengenal Allah
* mereka yang mencari kebenaran
* mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah


16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah


17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain


18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya


19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati


20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.


21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas


22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya


23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta


24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya


25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya


26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat


27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran


28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba


29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa


30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan


31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan


32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat


33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar


34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan


35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah


36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya


37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2


38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan


39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya


Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi

Mrs Taufiq



ME

IMG-20121103-WA010-1-2 photo IMG-20121103-WA010-1-2-1.jpg
♥ Assalamualaikum, Annyonghaseyo ♥ Nurrul Jannah Binti Mohd Daud ♥ 1991 ♥ Dont jugde me till you wear my shoes baby ♥ thankyou haters ♥

Must Read Ladies and Gentleman

«KISAH DULU SEKARANG DAN AKAN DATANG
« SI BLOG OWNER
« ♥ SAHABAT DUNIA AKHIRAT♥

Memories of my life



ME